OIL FILTER

14:18 / Diutarakan oleh Unknown /





Seronok melihat orang bekerja di pelantar minyak. Teruja juga.

Mereka bekerja syif dua minggu di pelantar, dan pulang semula ke rumah selama 2 minggu juga.

Dan yang lebih menarik, pendapatannya juga amat lumayan. Dengarnya 5 angka sebulan. Satu jumlah yang besar.

Jika dibandingkan dengan gaji penjawat awam mahupun swasta, sudah tentu gaji sedemikian boleh dicapai dengan menjawat jawatan penting di dalam organisasi atau syarikat.

Mereka juga sudah mampu memiliki rumah idaman mereka dengan harga yang mahal.

Dari segi lain, mereka juga dilihat sentiasa berperwatakan ceria dan profesional.

Aku berdoa supaya keturunan aku akan bekerja dalam keadaan dan pendapatan begini. Biar kita tidak merasa mewah, tetapi anak cucu diharap akan mengecapi impian yang dihajatkan. Amin.

0 pemikiran bernas dari masyarakat:

Post a Comment