UNSCHOOLED

02:24 / Diutarakan oleh Unknown /





Membeli belah memang seronok. Terutamanya di pasaraya yang menawarkan harga borong yang jauh lebih murah dari tempat lainnya.

Dalam langkah menyahut seruan kerajaan, aku hanya ingin menjadi pengguna yang bijak. Membeli item yang diperlukan sahaja. Sekeping DVD kosong.

Dalam usaha membayar, aku beratur di kaunter bayaran kurang dari 10 item. Seperti biasa, aku sentiasa bengang dengan orang hadapan aku yang macam tak reti bahasa melayu langsung.

Mengapa? Sebab beratur di kaunter kurang 10 item dengan barang penuh di dalam troli. Tak ke menyusahkan orang lain namanya?

Aku mula mengambil gambar untuk dimuatkan ke dalam laman ini. Kemudian tibalah giliran mangkuk ni untuk meletakkan barangnya. Yang bagusnya, jurukira harga tu dengan selambanya menyuruh orang tersebut pergi ke kaunter lain..

Puas hati aku. Satu tindakan yang bijak.. Jarang jurukira bertindak begini. Satu tindakan terpuji.

Atau mungkin dia menyedari gambarnya diambil? Aku tak pasti.

Yang pentingnya, jangan jadi macam bangang dengan buat muka tak tahu masuk ke laluan bayaran ekspres dengan barang berlambak dalam troli.

Tak sekolah ke?

0 pemikiran bernas dari masyarakat:

Post a Comment