POSER

01:56 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)





Aku kagum dengan salah seorang pelajar di salah sebuah sekolah berprofail biasa di Johor Bahru.

Kesungguhannya dalam bidang ict tidak boleh dipertikaikan lagi, sehinggakan ramai menjadikannya sebagai pakar rujuk jika ada sebarang masalah melibatkan dunia perkomputeran.

Aku juga tidak terkecuali menimba ilmu bersama pelajar ini. Kerendahan budinya menyebabkan aku kagum dengan diri beliau.

Tadi semasa aku membaca dan mengulas status post terbaru beiau akan rancangan seterusnya di Facebook, ada salah seorang pelajar Tingkatan 3 sekolah di luar Johor menyampuk dan menegur dengan cara yang kurang sopan.

Katanya beliau tahu segala, hebat belaka. Bila ditanya, jawapan bodoh yang keluar. Habis google dijadikan bahan bukti. Semua nak google. Nampak pandai la kononnya?

Bagi aku jika budak ni tak berubah, ini merupakan satu lagi petanda rakyat Malaysia yang kekurangan pengetahuan yang ada tetapi bercakap seolah tahu pelbagai benda.

Kononnya berlagak tahu programming, perkara simple pun ko tak tahu. WTF pun ko tak tahu.

Kerana budak inilah aku akan mengantuk keesokannya. Sibuk komen dia sangat. Rasakan.. LOL

P/s: jangan sibuk hal orang, tak tahu diam. Menyampuk tak pasal2 bukanlah cara bermesra sesama kita.

MAZMUMAH

20:29 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)



Ketika aku sedang bersarapan pagi di warung kamung yang berdekatan, aku menonton satu rancangan pagi yang menonjolkan seorang yang bakal menempa nama di dunia ini.

Ketika itu, aku memerhati tindak tanduk dan gelagat manusia yang diwawancara ini. Pada mulanya aku rasa biasa sahaja.

Selepas itu, baru aku menyedari tindakannya adalah sedikit pelik.

Kemudian barulah aku sedar keangkuhannya bercakap tentang kebolehannya melakukan sesuatu itu yang terbukti lebih hebat dari orang lain.

Ya, memang kau tak gentar dengan apa yang orang kata pada diri kau. Kau kata “saya sentiasa menjadikan kata-kata negative dari orang sekeliling itu sebagai satu semangat dalam diri saya.” Memanglah begitu.

Kemudiannya mendabik dada sebelum Berjaya melakukan sesuatu bukanlah satu perkara yang baik. Ini kerana belum tentu anda dapat membuktikannya. 1001 perkara dan cabaran menanti dan tidak semestinya anda akan dapat menguasai sesuatu perkara TANPA IZIN DARI YANG MAHA PENCIPTA.

Jadi, tolonglah jangan riak sangat. Aku tahu kau hebat, tapi dengan bercakap besar yang kau akan Berjaya bukanlah satu perkara yang baik. Siap penemuramah pun kau tempelak.

Hadui apalah nasib manusia. Dah hebat, mendabik dada. Bila gagal, senyap bukan kepalang. Angkat muka pun tak mahu.

OIL FILTER

14:18 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)





Seronok melihat orang bekerja di pelantar minyak. Teruja juga.

Mereka bekerja syif dua minggu di pelantar, dan pulang semula ke rumah selama 2 minggu juga.

Dan yang lebih menarik, pendapatannya juga amat lumayan. Dengarnya 5 angka sebulan. Satu jumlah yang besar.

Jika dibandingkan dengan gaji penjawat awam mahupun swasta, sudah tentu gaji sedemikian boleh dicapai dengan menjawat jawatan penting di dalam organisasi atau syarikat.

Mereka juga sudah mampu memiliki rumah idaman mereka dengan harga yang mahal.

Dari segi lain, mereka juga dilihat sentiasa berperwatakan ceria dan profesional.

Aku berdoa supaya keturunan aku akan bekerja dalam keadaan dan pendapatan begini. Biar kita tidak merasa mewah, tetapi anak cucu diharap akan mengecapi impian yang dihajatkan. Amin.

BOM OH!

02:34 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)





1. Aku ada berkenalan dengan seorang budak yang asalnya jujur dan baik. Ya, pada mulanya. baik.

2. Selepas itu dari ceritanya pelbagai Ustaz, pengamal perubatan Islam hinggalah ke bomoh mengenalinya.

3. Wow, hebatnya.

4. Selepas itu aku mendengar bahawa dia menggunakan khidmat bomoh untuk menghancurkan rakan yang selama ini mengenali dirinya dan membantunya tatkala susah, itu dikira melampau.

5. Rakannya itu siap memberi makan dan tempat tinggal untuk dihuni 2 bulan. Apa masalah sehingga bomoh dijadikan sasaran pulak? Satu sahaja, DUIT.

6. Si bodoh ini meminta duit upah mengecat rumah kawannya yang tolong ntah beberapa jam sahaja dengan acuh tak acuh. Tak segan ke? GIla ke?

7. Mujurlah apa yang dihantar oleh bomoh itu berjaya dipatahkan. Nasiblah kalau si Bodoh ini kena balas balik.

8. Depan aku juga baik, belakang aku diumpatinya. Manusia apa ini? Mamposla aku nak ingat mamat ni lagi.

FARK OFF!!

UNSCHOOLED

02:24 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)





Membeli belah memang seronok. Terutamanya di pasaraya yang menawarkan harga borong yang jauh lebih murah dari tempat lainnya.

Dalam langkah menyahut seruan kerajaan, aku hanya ingin menjadi pengguna yang bijak. Membeli item yang diperlukan sahaja. Sekeping DVD kosong.

Dalam usaha membayar, aku beratur di kaunter bayaran kurang dari 10 item. Seperti biasa, aku sentiasa bengang dengan orang hadapan aku yang macam tak reti bahasa melayu langsung.

Mengapa? Sebab beratur di kaunter kurang 10 item dengan barang penuh di dalam troli. Tak ke menyusahkan orang lain namanya?

Aku mula mengambil gambar untuk dimuatkan ke dalam laman ini. Kemudian tibalah giliran mangkuk ni untuk meletakkan barangnya. Yang bagusnya, jurukira harga tu dengan selambanya menyuruh orang tersebut pergi ke kaunter lain..

Puas hati aku. Satu tindakan yang bijak.. Jarang jurukira bertindak begini. Satu tindakan terpuji.

Atau mungkin dia menyedari gambarnya diambil? Aku tak pasti.

Yang pentingnya, jangan jadi macam bangang dengan buat muka tak tahu masuk ke laluan bayaran ekspres dengan barang berlambak dalam troli.

Tak sekolah ke?

BUFFALO OWNER

12:10 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)


Dahulu aku ada mengulas mengenai kegiatan melepaskan kawanan lembu dan kerbau di tengah jalanraya. Masih ada lagi kegiatan yang sama.

Dan ternyata kegiatan ini menyusahkan orang lain.

Semalam, sebuah proton wira remuk teruk selepas melanggar 3 ekor kerbau yang melintas jalan. Ia berlaku pada waktu malam di mana pemandu tersebut tidak nampak sama sekali kelibat kerbau yang melintas kerana jalan yang terlalu gelap.

Akan tetapi, berlaku beberapa insiden yang berkaitan selepas itu:
  1. Tuan kerbau tidak mengaku kerbau miliknya, supaya tidak perlu mengganti kos kereta yang remuk teruk itu.
  2. Pemandu agak trauma dan tidak keluar dari kereta selepas kemalangan itu.
  3. Kerbau itu disembelih dan dijual 2 ekor dengan harga RM800, namun tiada siapa mahu membelinya.
  4. Insuran kereta terbabit adalah pihak ketiga jadi tidak boleh dituntut.

Inilah kesan yang dikira MENYUSAHKAN orang lain. Nak diikutkan hati, racun saja kawanan kerbaunya kalau dah tak reti jaga sangat. Senang cerita. Tak payah memikir lagi. Dah tak ada sape marah lepas tu.

Harap pihak berkuasa mengambil berat terhadap isu ini. Terima Kasih.

BOOKER T

11:54 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)


Semalam aku ada pergi ke pusat servis yang berdekatan untuk memeriksa keadaan kereta aku yang agak banyak songeh kebelakangan ini. Tujuannya mudah, hanya untuk menuntut waranti yang sedia ada.

Ketika sampai, banyak kereta yang sedia ada sedang diservis, silap aku kerana tidak membuat temujanji dahulu. Jadi aku berkata kepada salah seorang di situ aku akan datang pada awal pagi keesokan harinya.

Hari ini aku datang lagi. Katanya, aku datang pada keesokan harinya. Pulak.

Jika aku masih hendak servis pada hari ini, aku perlu menunggu selama 2 jam bagi membolehkan kereta aku diperiksa dan dibaiki semula.

Masalahnya KAN SEMALAM AKU DAH DATANG, KENAPA KO TAK TULIS AKU NAK BOOKING PAGI NI?

Dan aku ditanya, mengapa aku lewat tiba, APA PUNYA SOALAN YANG TIDAK PROFESIONAL INI? KO BUKAN BINI AKU.

Aku selambe mengencing wanita barai ni mengatakan aku baru sahaja menziarahi salah seorang kenalan di hospital. Memang ada plan awal pagi tu nak pergi hospital tapi dah cancel.

Dan akhirnya barulah temujanji aku ditulis di atas borang yang disediakan. Macam bodoh.

HA ITULAH KEJENYE SUKA MEMBUANG MASA DAN MENYUSAHKAN AKU. MCM BANGANG.

Aku paham, ramai lagi orang yang nak servis, TAPI AKU BERHAK MENDAPAT LAYANAN SAMA MACAM ORANG LAIN. TAKKAN AKU PUNYE TEMUJANJI KO TAK BUAT? AKU PAKAI KERETA BARU, BUKAN SECOND HAND.

Bingai punye kerja. Full of bullshit. Esok aku datang kalau ko cakap lusa pulak, tak tahulah aku nak cakap apa lagi.

MALAYSIAN CAR MAKER. Sudahlah kualiti agak dipertikai, SERVIS PULAK MCM BODOH.

MALAS

12:40 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)





Pagi tadi aku dihubungi seorang bekas pelajar sekolah meminta agar aku baik hati membantunya untuk membaiki laptopnya yang rosak. Perempuan.

Satu ketika dahulu aku biasa membaiki laptopnya yang old skool dan kerap kali buat hal. Tak apalah, aku bantu apa yang mampu.

Kini budaknya besar sudah, selepas STPM, beliau bekerja di kedai elektrik. Adatlah tu ok jugak bekerja dari menghabiskan beras kat rumah.

Kini budak tu datang lagi, mengharapkan servis percuma dari aku. Mulanya tergerak hati jugak nak baiki.

Lepas tu dia nak bawak laptop abah dia pulak nak baiki sekali? CANCEL. PEGI MAMPOS.

Aku cuba berasional dengan budak perempuan tu supaya tidak berlaku salah faham. Aku cuba meminta kadar upah munasabah yang difikirkan boleh dari khidmat aku.

Kemudian, dikatanya aku ni berkira dengan bekas anak muridku. KAU TU BUKANNYA BINI AKU.

Kalau susah nak melabur duit untuk maintenance, tak payah beriya beli laptop tu. Pegi je Kafe Siber yang berdekatan. Senang.

Idup nak free. Kalau macam tu, orang kawin ngn ko cubalah ko cas FREE. Alahai, mana ada benda percuma di dunia ni beb.

Malas aku melayan orang macam ni.

OM NOM NOM

23:10 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)





Itulah yang dinamakan makan. Baru sahaja duduk di NR Cafe. Lama sudah tak menjejakkan diti kat sini.

Makanannya setakat yang aku tahu tidaklah sesedap mana, namun suasana kampung dan romantik menyebabkan restoran ini menjadi pilihan ramai.

Aku bukannya beriya nak makan, tapi diajak rakan bersama dan dibelanja juga. Syukur rasanya. Murah rezeki mereka harapnya.

Walaupun suasana kampung, namun dilengkapi kemudahan capaian internet wireless terpantas adanya.

Jarak antara meja juga agak jauh jadi sesuai untuk perbincangan romantik dan rahsia.

Itu bukanlah topik utama. Tujuan aku menulis ialah kerana aku teringat kenangan di Gazebo. Hampir sama, walau berlainan negeri.

Selain itu, aku sangat merindui ke Senibong. Akan aku semat cita-cita bersama isteri tercinta melawat semula Johor dirindui suatu hari nanti.

PERELLO

16:41 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)






1. Ade la kejadian salah faham sikit yang berlaku antara dua rakan yang baik dengan aku.

2. Salah faham? Aku tahu apa yang berlaku sebenarnya sebab aku juga berada di situ. Biasalah jadi aku tahu apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang menjadi punca berlakunya konflik terhadap sesuatu perkara.

3. Isunya, jika seseorang itu sedang membentangkan sesuatu janganlah dipotong dengan 'mengondem' apa yang sedang dibentangkan. Orang buat sesuatu pekerjaan ada sebabnya. Dengar dulu sehingga habis. Kalau ada yang tak faham, tanya setelah pembentangan selesai.

4. Ini kawan ni dihentamnye dengan perkataan 'ko tak boleh la buat macam ni'. Aku pun panas kalau dengar. Dahulunya orang lain sabar aje. Tapi silaplah jka orang yang boleh tahan hot dan direct kan. Memang straight kene sound tepet la. Ko plak tak menjawab pun.

5. Dalam kerja, adat lah jika kita ada merasakan apa yang kita buat jauh lebih baik dari orang lain. Aku tak pulak merasa macam tu, mungkin sebab aku ni baru agaknya. Kalau rasa dah bagus, buktikan. Jangan cakap sahaja.

6. Kerana mulut badan binasa. Mulut memang kena simpan.

7. Lain kali mau cakap, pandang-pandang. Tutup mulut lagi bagus. Buktikan dengan kerja buat kita.

Dahla, aku pun tak nak cakap banyak. Akhir kata, belajarlah jaga hati orang sikit ye. Sekian.