Kini tiada masalah lagi. Aku akan setia bersama blogger. Walaupun wordpress dilihat lebih bertaraf dari blogger, namun aku tetap akan bersama blog ini.
Blog ini akan terus dikemaskini, tidak kira apa isi yang aku ingin mengarut di dalamnya.
Aku telah menemui satu program yang sesuai dan boleh dijadikan penghubung antara aku dan blogger dengan pantas dan tepat.
Kesimpulannnya, teknologi sentiasa ke depan. Cuma kita yang malas. Macam aku. Hahaha.
Siapa yang pernah ingat game ini pasti akan terimbau kembali nostalgia lama di kala sewaktu muda remaja dahulu. Aku juga menggilai game ini. Sungguh teruja dan menggiurkan kualiti grafiknya.
Dahulu aku merupakan penagih permainan video. Masih aku ingat pada tahun sekitar 1999 kafe siber tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Pelbagai perkhidmatan internet dan permainan komputer disediakan di antara jaringan di dalam kedai tersebut.
Begitu juga kedai Chico, salah seorang cina yang sangat peramah, dan strategi yang agak menarik untuk menarik pelanggan seperti aku ke sana. Pada masa itu aku pergi ke kedai tersebut hanya untuk melihat-lihat, namun begitu setelah aku tahu cara permainannya, aku menjadi ketagihan untuk berada di kafe tersebut.
Ramainya orang tidak terkira. Kedai sentiasa penuh. Siapa cepat dia dapat. Sejam hanya RM3. Amat murah jika dibandingkan dengan permainan video di pusat hiburan yang lain, kecuali permainan aked 20sen sekupang yang dimainkan oleh orang dewasa sahaja. Aku tak berani masuk banyak kali. Takut ditangkap polis.
Kemudian tak lama dari itu Dino pula membuka kedainya di bahagian bawah deretan kedai yang lebih dekat dari rumah aku. Makanya aku semakin asyik ke kafe siber tersebut. Selepas tarawih aku segera ke sana. Aku tahu kerana kebanyakan budak suka pergi semasa tarawih kerana selepas penat bermain (penat ke?) mereka akan pergi ke surau bagi sesi hidangan moreh yang disediakan.
Selepas itu aku ke Thunder.Net dan Excite.Net juga kafe siber yang agak jauh untuk berjalan kaki, kemudiannya motor abah aku dipinjam bagi ke sana.
Kini semuanya tinggal kenangan. Aku sudah tidak ke sana lagi memandangkan aku sudah berkemampuan untuk mempunyai kemudahan hiburan permainan, muziuk dan perkhidmatan 'online' sama seperti kafe siber. Alhamdulillah.
Tapi walaubagaimanapun, Aku masih rindu pada keadaan seperti dahulu. Hanya sekadar rindu. Nostalgia lama, kenangan menggamit rasa.

Aku seringkali mendengar komentar dan perbualan dari orang ramai berkenaan dengan ketidakpuasan hati mereka terhadap pelbagai isu.. Dari isu harian kepada isu dunia semuanya dibawa ke kedai kopi berdekatan..
Namun begitu jika ianya hanya sekadar perbualan di kedai makan tiada siapa peduli. Namun begitu jangan ingat tiada yang memerhati. Fitnah jangan dicari.
Baiklah, secara terus terang aku ingin mengulas berkenaan isu politik. Ya, walaupun aku bukannya penganalisis politik namun akh masih yakin yang aku boleh memberikan pandangan sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang merdeka.
Negara kita merupakan negara yang harmoni dan berbilang kaum. Walau ada yang mengatakan tidak, itu semua hampeh belaka. Setakat ini, jika ada isu yang kalau dibandingkan dengan negara luar, sudah tentu keharmonian yang ada pada negara kita adalah jauh lebih baik. Jadi sila kekalkan keamanan yang sedia ada.
Jika kita lihat dan baca mana-mana sumber yang menyentuh soal politik, sudah tentu ianya memihak kepada parti mana yang disokong. Ada jugak yang neutral, tapi kebanyakannya one side. Adatlah politik.
Apa yang menjadi isu disini ialah jika kita tidakpuashati dengan sesuatu isu, jangan kaitkan dengan soal politik. Siapa rasuah, siapa jahat, siapa fitnah siapa, bukan urusan kita melainkan kita yang terlibat.
Soal parti, tidak perlu terlalu taksub. Pilihanraya merupakan saluran utama dalam menentukan kewibawaan pemimpin negara kita. Kita diberi hak yang adil dalam menentukan masa depan negara kita. Sudah pilih, maka hormatilah mereka.
Jadi ada hadnya kita tak perlu masuk campur terlalu banyak. Cukup sekadar mengambil tahu dan bertanya terhadap pendirian sendiri yang akan dipangkah di kertas undian nanti.
Jika anda merupakan seorang penjawat awam, anda telahpun diberi taklimat akan keselamatan dan etika pekerjaan anda dalam berkhidmat. Sebarang rasa tidakpuashati boleh disalurkan pada tempat tertentu. Begitu juga swasta mahupun bekerja sendiri.
Itu komen aku secara umum. Blog tatapan umum dan laman sosial bukanlah cara terbaik untuk mendedahkan isu berbangkit tanpa bukti yang sah keranya nyatalah ia bakal menjadi satu fitnah semata-mata.
Jika anda ingin mengulas berkenaan isu semasa, lakukan dengan pendapat dan reaksi kerana bersandarkan pada diri sendiri. Jangan mengulas sebarang kenyataan yang boleh mengancam keselamatan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Ingatlah, setiap manusia ada kepentingan sendiri dalam melakukan sesuatu. Anda akan makan jika anda lapar, tidur jika mengantuk. Begitulah misalannya.
Janganlah kita terperangkap dan terjerumus ke laluan yang salah dek kerana kepentingan orang lain dalam mencapai impian yang sedang dikejar oleh mereka.
1. Ya, aku sedang mencari jalan alternatif untuk ke laman yang lain kerana this blog sucks for mobile phone. Ia adalah Wordpress blog. Nampak agak menarik.
2. Sucks if (Picture+Text) la.. Kalau yang lain selama ini ok je pun.. Tengoklah dulu macam mana..
3. Walau apapun, aku pasti akan terus menulis untuk tatapan diri aku sendiri dan sahabat handai akan datang (kalau ada la) hahahaha..
4. Apa pendapat kalian? Ok ke kalau wordpress?
Kenal mamat sebelah kiri tu?
Itulah dia Karam Singh Walia,seorang yang tidak asing lagi dalam memperjuangkan isu-isu kemasyarakatan untuk Malaysia kita yang tercinta.
Credits to: http://www.ohtidak.com/oh-isu-karam-singh-walia-mabuk-dan-diugut/
Baru-baru ini aku melihat video beliau yang terbaru di Youtube berkenaan dengan beliau melemparkan fakta berbau perkauman kononnya bangsa Melayu adalah bukan berasal dari Malaysia dan Indonesia. Selepas itu, beliau dikatakan mabuk sehingga mengeluarkan fakta sebegitu rupa.
"Link" atas tu adeliputan dari OhTidak! siap dengan video dia sekali. Perhatikan mamat di belakang dia, ko agak umur berapa? Ade tak rase nak sepak kepala dia? Harap badan je kecik, air muka nampak jugak hingusan. Taiko kampung agaknya.
MELAYU apa macam ni? Ko memang bukan MELAYU dari Malaysia kalo perangai macam bangsat begini.
Soalnya? Apa yang ko nak panas sangat? Bukan dia mengata mak bapak ko pun. Pasal kaum reaksi bukan main, pasal benda lain, tak pulak reaksi macam ni.
Aku tahula ko panas dikata Melayu macam tu. Dah tu bukankah negara MALAYSIA ada undang-undang? Pegi balai sudahlah. Apa nak bising sangat. Sampai makian dan cacian diberi, ade ke Karam Singh tu maki mak ko? Kalau dia mencarut pun? Mulut dia, sukati dia la. Ko bukan abang dia.
Serious shit, kalau ikut percentage, aku rase kaum Singh la paling kurang bermasalah di Malaysia ni. Antara kaum paling banyak rekod jenayah? MELAYU la beb. So sedarlah diridari segi PERANGAI tu. Berubahlah ke arah lebih baik. Adalah lebih baik hidup DISEGANI dari DITAKUTI.
Nak selesaikan masalah, buatlah cara baik, ikut saluran yang betul. Bukan dengan cara macam ni. Tunjuk sikit yang bangsa MELAYU ni bangsa BERTAMADUN dan paling penting, tidak KURANG AJAR.
Aku malu tengok video ni..
1. Sedang asyik aku melayari blog rakan yang lain, aku melintasi satu blog yang kerap dilawati tidak diletakkan komen.. Hahaha
2. Nak tengok? - http://cikgupaddy.blogspot.com/2010/12/abg-kiki-bertunang-tips-bakal-suami.html
3. Berikut adalah jawapan aku berdasarkan dari hasil kajian pengalaman sendiri dan bini aku juga hahaha..
- Sentiasa berdoa agar disayangi.
- InsyaAllah..
- Bila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
- Bini aku tak boleh disentuh ketika buat kerja.. Hahaha
- Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
- Tau dah jawapannya.. Hehe
- Berlatih untuk MENDENGAR dengan baik.
- Itulah masalah aku.. Akan dipertingkatkan.
- Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
- Ya dan isteri juga perlu memahami masalah kita juga.
- Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang "berkualiti" terhadap isteri.
- Perghh berjam-jam dah aku bagiii.. Haha
- Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.
- Bunga atau coklat, bini aku nak coklat lagi so boleh makan.
- Tolong masak atau ajak makan diluar sekali-sekala.
- Tolong masak tu impossible, takkan dibagi punye. Tapi makan di luar memang akan ada nanti.
- Beri pujian mengenai penampilan isteri -- rambut, wajah, pakaian dll.
- Memang, sampai perasan beliau.. Haha
- Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.
- Dan dia pun kena pujuk sama.
- Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
- Kena bagi lebih aku rasa, sebab dah bini kan. Sape lagi nak tolong.
- Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
- Memang. Berjalan pun kena slow, dan teman window shopping skali. Haha
- Bila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
- SMS sudeh.
- Bila isteri minta bantuan, nyatakan "boleh" atau "tidak boleh" dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
- Kene la ada sebabnya tidak boleh supaya tak nampak kerek sangat.
- Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian untuk berfikir.
- Tak ada maknanya, nanti kene sound lagi. Haha
- Bila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
- Kengkadang tak perlu mention, just let go. Adat la tu memang manusia ade time "dol" dia.
- Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen
- Bini aku suka tengok tv so kacau lepas tengok tv.
- Aku pulak tak suka tengok tv. Layan aje kalau cerita agak menarik.
1. Aku baru sahaja memiliki sebuah peranti yang agak seronok untuk dimainkan. Benar, ia lebih dari sekadar telefon.
2. Apa yang peliknya peranti ini tidak ada aplikasi yang betul-betul khas untuk blogger kerana aku tak tahu mengapa.Yang ada hanya untuk wordpress sahaja.
3. Dahulu semasa aku menggunakan telefon yang ada banyak keypad itu, boleh je aku email kepada blogger dengan selesa dan mantap. Tapi dengan menggunakan peranti ini? Gambar atau teks sahaja bolehlah masuk, kalau dua-dua sekali jangan haraplah. Macam bodoh, langsung tak ada tulisan. Penat aku menaip.
4. Aku mengambil keputusan untuk menggunakan sahaja laptop memandangkan aku kurang menggunakannya kebelakangan ini. Seronok juga bersama laptop kembali. Kan lebih senang menaip.
5. Aku mempelajari sesuatu daripada ini, tidak semestinya peranti yang mahal harganya boleh melakukan semua kerja yang ada. Kalau ada, maka tak lakulah yang lain. Bankrapplah semua syarikat nanti sebab orang akan memiliki benda yang sama sahaja.
6. Samalah dengan apa benda yang lain pun yang dijual di pasaran. Tak akan ada benda yang lengkap. Bukan tak boleh buat, tapi kalau buat, nak jual apa pulak lepas ni?
7. Itulah namanya perniagaan, Nak kaya kenalah pandai. Betul tak tokey-tokey sekalian?
1. Aku menghubungi salah sebuah pusat perkhidmatan pelanggan yang terkemuka berikutan masalah yang aku hadapi.
2. Pada mulanya aku agak hairan dengan suara yang didengar, setelah bercakap sekian lama maka aku pasti ini suara BAPOK.
3. Setelah bersama- di dalam talian bercakap mengenai masalah aku, maka aku berpuashati dengan apa yang dijelaskan. Inilah namanya kualiti dalam komunikasi. Terang dan jelas.
4. Selepas itu maka aku terfikir seketika adakah sebenarnya bapok agak handal dalam komunikasi? Teringat juga rakan-rakan aku yang berkebolehan bersuara sedemikian walaupun mereka lelaki tulen. Seronok juga berlakon seperti mereka. Mulut puaka.
5. Walau apapun, aku raspek dengan apa yang dijelaskan dan servis yang diberikan oleh jurucakap itu. Kepada masyarakat di luar sana, jangan pandang pondan atau nyah hanya mampu bekerja di lorong sahaja, mereka juga boleh bekerja dengan profesional seperti anda.
1. Aku baru sahaja menemani nenek aku yang kehilangan nombor kad pengenalannya di mana pun aku tak tahu, makanya perlulah diganti dengan kad pengenalan yang baru.
2. Ketika berurusan di kaunter, aku difahamkan bahawa untuk mengelakkan dari membayar jumlah wang yang besar dalam seratus lebih (wau), maka aku haruslah MEMBUAT SURAT YANG DICOP JKKK atau penghulu mukim yqang berkenaan.
3. Memahami arahan yang diberikan, aku pun membuat sekeping surat rasmi untuk beliau.
4. Keesokan harinya, surat itu pun tidak dapat diterima kerana pegawai tersebut mahukan SURAT YANG DIHASILKAN SENDIRI OLEH JKKK atau PENGHULU MUKIM dan bukan dibuat sendiri biarpun ada cop tersebut diatasnya.
5. Pulak dah..
6. Maka aku pun ke pejabat tanah dengan nenek aku untuk memohon surat tersebut dengan penghulu mukim. Setelah selesai, maka kad pengenalan tersebut dapatlah diproses. Bayar jugaj RM30, semalam cakap tak payah bayar.
7. Inilah namanya informasi tak jelas yang diberikan. Sebagai kakitangan yang sentiasa berhadapan dengan pelanggan, kualiti dalam komunikasi adalah penting bagi mengelakkan silap faham kemudian menyusahkan di kemudian hari. Nasib baik urusan tak leceh.
8. Dan nasib baik kakitangan tersebut sentiasa tersenyum. Jadi sejuk hati juga berurusan walaupun beberapa kali,.
Maafkan aku kerana agak lama aku tak menulis ye. Mungkin kerana aku sangat sibuk dengan dunia baru yang menyeronokkan.
Ohye, aku baru sahaja melangsungkan perkahwinanku bersama si dia yang tercinta. Alhamdulillah. Ribuan terima kasih pada yang sudi hadir, terutama pada yang datang dari jauh semata-mata untuk menghadiri majlis aku yang sederhana.
Aku ingin mengulas berkenaan perkahwinan. 2 minggu sebelumnya, aku ada melintasi satu kawasan dimana berlangsungnya perkahwinan ala extravaganza.
Aku teruja jugak dengan majlis yang diadakan. Siap papan iklan yang besar di tepi jalan. Kanopi jangan cerita la. Ntah siap aircond ke hape aku tatau la. Tp agak logik la kan.
Lepas tu aku berkongsi apa yang aku lihat bersama beberapa orang yang ada. Respon yang aku terima ada juga yang membantah atas alasan tak berkat kerana keterlaluan.
Pendapat aku, terpulang pada penganjur majlis. Kemampuan itu hanya tuan rumah sahaja yang tahu. Keterlaluan itu diukur melalui lebih daripada mampu sehingga membebankan diri.
Kalau dah sangat mampu, aku rasa tak perlu mengatakan keterlaluan kerana ia sesuai dengan tarafnya dan tahap kemampuannya yang dia ada. Lainla kalau dia tu memang tak mampu. Berbaris je kereta mewah aku tengok di rumahnya.
Amalan bersedekah itu kan baik. Lagi besar sedekah, lagi digalakkan selagi tidak menimbulkan masalah pada tuannya di kemudian hari.
Akhir kata, kalau anda kaya, sudah tentu anda akan buat sepertinya juga. Kalau banyak duit, buatlah cara banyak duit dan begitulah sebaliknya.
Subscribe to:
Posts (Atom)





