SERVIS KUDA

16:27 / Diutarakan oleh Unknown /



1. Aku baru sahaja menemani nenek aku yang kehilangan nombor kad pengenalannya di mana pun aku tak tahu, makanya perlulah diganti dengan kad pengenalan yang baru.

2. Ketika berurusan di kaunter, aku difahamkan bahawa untuk mengelakkan dari membayar jumlah wang yang besar dalam seratus lebih (wau), maka aku haruslah MEMBUAT SURAT YANG DICOP JKKK atau penghulu mukim yqang berkenaan.

3. Memahami arahan yang diberikan, aku pun membuat sekeping surat rasmi untuk beliau.

4. Keesokan harinya, surat itu pun tidak dapat diterima kerana pegawai tersebut mahukan SURAT YANG DIHASILKAN SENDIRI OLEH JKKK atau PENGHULU MUKIM dan bukan dibuat sendiri biarpun ada cop tersebut diatasnya.

5. Pulak dah..

6. Maka aku pun ke pejabat tanah dengan nenek aku untuk memohon surat tersebut dengan penghulu mukim. Setelah selesai, maka kad pengenalan tersebut dapatlah diproses. Bayar jugaj RM30, semalam cakap tak payah bayar.

7. Inilah namanya informasi tak jelas yang diberikan. Sebagai kakitangan yang sentiasa berhadapan dengan pelanggan, kualiti dalam komunikasi adalah penting bagi mengelakkan silap faham kemudian menyusahkan di kemudian hari. Nasib baik urusan tak leceh.

8. Dan nasib baik kakitangan tersebut sentiasa tersenyum. Jadi sejuk hati juga berurusan walaupun beberapa kali,.

0 pemikiran bernas dari masyarakat:

Post a Comment