LURVE IS IN THE AIR

17:16 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)



1. Sedang asyik aku melayari blog rakan yang lain, aku melintasi satu blog yang kerap dilawati tidak diletakkan komen.. Hahaha

2. Nak tengok? - http://cikgupaddy.blogspot.com/2010/12/abg-kiki-bertunang-tips-bakal-suami.html

3. Berikut adalah jawapan aku berdasarkan dari hasil kajian pengalaman sendiri dan bini aku juga hahaha..


  • Sentiasa berdoa agar disayangi.
    • InsyaAllah..
  • Bila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
    • Bini aku tak boleh disentuh ketika buat kerja.. Hahaha
  • Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
    • Tau dah jawapannya.. Hehe
  • Berlatih untuk MENDENGAR dengan baik.
    • Itulah masalah aku.. Akan dipertingkatkan.
  • Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
    • Ya dan isteri juga perlu memahami masalah kita juga.
  • Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang "berkualiti" terhadap isteri.
    • Perghh berjam-jam dah aku bagiii.. Haha
  • Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.
    • Bunga atau coklat, bini aku nak coklat lagi so boleh makan.
  • Tolong masak atau ajak makan diluar sekali-sekala.
    • Tolong masak tu impossible, takkan dibagi punye. Tapi makan di luar memang akan ada nanti.  
  • Beri pujian mengenai penampilan isteri -- rambut, wajah, pakaian dll.
    • Memang, sampai perasan beliau.. Haha
  • Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.
    • Dan dia pun kena pujuk sama. 
  • Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
    • Kena bagi lebih aku rasa, sebab dah bini kan. Sape lagi nak tolong.
  • Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
    •  Memang. Berjalan pun kena slow, dan teman window shopping skali. Haha
  • Bila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
    • SMS sudeh.
  • Bila isteri minta bantuan, nyatakan "boleh" atau "tidak boleh" dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
    • Kene la ada sebabnya tidak boleh supaya tak nampak kerek sangat. 
  • Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian untuk berfikir.
    • Tak ada maknanya, nanti kene sound lagi. Haha
  • Bila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
    • Kengkadang tak perlu mention, just let go. Adat la tu memang manusia ade time "dol" dia. 
  • Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen
    • Bini aku suka tengok tv so kacau lepas tengok tv.
    •  Aku pulak tak suka tengok tv. Layan aje kalau cerita agak menarik.

TERLEBIH

16:45 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)


1. Aku baru sahaja memiliki sebuah peranti yang agak seronok untuk dimainkan. Benar, ia lebih dari sekadar telefon.

2. Apa yang peliknya peranti ini tidak ada aplikasi yang betul-betul khas untuk blogger kerana aku tak tahu mengapa.Yang ada hanya untuk wordpress sahaja.

3. Dahulu semasa aku menggunakan telefon yang ada banyak keypad itu, boleh je aku email kepada blogger dengan selesa dan mantap. Tapi dengan menggunakan peranti ini? Gambar atau teks sahaja bolehlah masuk, kalau dua-dua sekali jangan haraplah. Macam bodoh, langsung tak ada tulisan. Penat aku menaip.

4. Aku mengambil keputusan untuk menggunakan sahaja laptop memandangkan aku kurang menggunakannya kebelakangan ini. Seronok juga bersama laptop kembali. Kan lebih senang menaip.

5. Aku mempelajari sesuatu daripada ini, tidak semestinya peranti yang mahal harganya boleh melakukan semua kerja yang ada. Kalau ada, maka tak lakulah yang lain. Bankrapplah semua syarikat nanti sebab orang akan memiliki benda yang sama sahaja.

6. Samalah dengan apa benda yang lain pun yang dijual di pasaran. Tak akan ada benda yang lengkap. Bukan tak boleh buat, tapi kalau buat, nak jual apa pulak lepas ni?

7. Itulah namanya perniagaan, Nak kaya kenalah pandai. Betul tak tokey-tokey sekalian?

SERVIS KUDA 2

16:34 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)


1. Aku menghubungi salah sebuah pusat perkhidmatan pelanggan yang terkemuka berikutan masalah yang aku hadapi.

2. Pada mulanya aku agak hairan dengan suara yang didengar, setelah bercakap sekian lama maka aku pasti ini suara BAPOK.

3. Setelah bersama- di dalam talian bercakap mengenai masalah aku, maka aku berpuashati dengan apa yang dijelaskan. Inilah namanya kualiti dalam komunikasi. Terang dan jelas.

4. Selepas itu maka aku terfikir seketika adakah sebenarnya bapok agak handal dalam komunikasi? Teringat juga rakan-rakan aku yang berkebolehan bersuara sedemikian walaupun mereka lelaki tulen. Seronok juga berlakon seperti mereka. Mulut puaka.

5. Walau apapun, aku raspek dengan apa yang dijelaskan dan servis yang diberikan oleh jurucakap itu. Kepada masyarakat di luar sana, jangan pandang pondan atau nyah hanya mampu bekerja di lorong sahaja, mereka juga boleh bekerja dengan profesional seperti anda.

SERVIS KUDA

16:27 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)



1. Aku baru sahaja menemani nenek aku yang kehilangan nombor kad pengenalannya di mana pun aku tak tahu, makanya perlulah diganti dengan kad pengenalan yang baru.

2. Ketika berurusan di kaunter, aku difahamkan bahawa untuk mengelakkan dari membayar jumlah wang yang besar dalam seratus lebih (wau), maka aku haruslah MEMBUAT SURAT YANG DICOP JKKK atau penghulu mukim yqang berkenaan.

3. Memahami arahan yang diberikan, aku pun membuat sekeping surat rasmi untuk beliau.

4. Keesokan harinya, surat itu pun tidak dapat diterima kerana pegawai tersebut mahukan SURAT YANG DIHASILKAN SENDIRI OLEH JKKK atau PENGHULU MUKIM dan bukan dibuat sendiri biarpun ada cop tersebut diatasnya.

5. Pulak dah..

6. Maka aku pun ke pejabat tanah dengan nenek aku untuk memohon surat tersebut dengan penghulu mukim. Setelah selesai, maka kad pengenalan tersebut dapatlah diproses. Bayar jugaj RM30, semalam cakap tak payah bayar.

7. Inilah namanya informasi tak jelas yang diberikan. Sebagai kakitangan yang sentiasa berhadapan dengan pelanggan, kualiti dalam komunikasi adalah penting bagi mengelakkan silap faham kemudian menyusahkan di kemudian hari. Nasib baik urusan tak leceh.

8. Dan nasib baik kakitangan tersebut sentiasa tersenyum. Jadi sejuk hati juga berurusan walaupun beberapa kali,.

BUNGA TELUR

19:46 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (0)


Maafkan aku kerana agak lama aku tak menulis ye. Mungkin kerana aku sangat sibuk dengan dunia baru yang menyeronokkan.

Ohye, aku baru sahaja melangsungkan perkahwinanku bersama si dia yang tercinta. Alhamdulillah. Ribuan terima kasih pada yang sudi hadir, terutama pada yang datang dari jauh semata-mata untuk menghadiri majlis aku yang sederhana.

Aku ingin mengulas berkenaan perkahwinan. 2 minggu sebelumnya, aku ada melintasi satu kawasan dimana berlangsungnya perkahwinan ala extravaganza.

Aku teruja jugak dengan majlis yang diadakan. Siap papan iklan yang besar di tepi jalan. Kanopi jangan cerita la. Ntah siap aircond ke hape aku tatau la. Tp agak logik la kan.

Lepas tu aku berkongsi apa yang aku lihat bersama beberapa orang yang ada. Respon yang aku terima ada juga yang membantah atas alasan tak berkat kerana keterlaluan.

Pendapat aku, terpulang pada penganjur majlis. Kemampuan itu hanya tuan rumah sahaja yang tahu. Keterlaluan itu diukur melalui lebih daripada mampu sehingga membebankan diri.

Kalau dah sangat mampu, aku rasa tak perlu mengatakan keterlaluan kerana ia sesuai dengan tarafnya dan tahap kemampuannya yang dia ada. Lainla kalau dia tu memang tak mampu. Berbaris je kereta mewah aku tengok di rumahnya.

Amalan bersedekah itu kan baik. Lagi besar sedekah, lagi digalakkan selagi tidak menimbulkan masalah pada tuannya di kemudian hari.

Akhir kata, kalau anda kaya, sudah tentu anda akan buat sepertinya juga. Kalau banyak duit, buatlah cara banyak duit dan begitulah sebaliknya.

KELANTAN

08:51 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (2)

1. Syukur pada hadrat yang maha berkuasa, aku berpeluang menjejakkan kaki semula ke serambi mekah selepas 17 tahun merindui pengalaman yang sama.

2. Aku menyertai lawatan kerja dan aku merasa agak sedih kerana ketika ini rakan2 warga kelantan sibuk bekerja mendidik anak bangsa mereka.

3. Semalam aku berjalan2 di wakaf che yeh dan aku merasa seronok sungguh.

4. Mungkin jakun agaknya. Haha

5. Kemudian aku singgah di kedai sup belut berdekatan. Juga pertama kali merasai sup belut, sungguh mantop dan ho liao!

6. Aku difahamkan ramuan sup belut kebanyakannya berasal dari thailand. Tidak hairanlah jika ianya sedap.

7. Aku berkata pada diri sendiri, tak perlulah berangan bercuti di luar negara, hatta jika mampu sekalipun.

8. Khatamlah dulu dalam negara, maka lepas itu layaklah bercuti di luar.

9. Selain itu, jiwaku tersentap melihat kecantikan gadis di sini. Tersentap kerana memkirman kebodohan diri pada masa lampau. Bak kata penjajah british, 'its not worth it u know'. Beratus kali darjat keindahannya yang aku saksikan berbanding dengan apa yabg pernah aku bayangkan.

10. Namun itu tak bermakna apa yang aku ada sekarang tidak sebegitu. Aku hanya membandingkan dengan kebodohan aku pada masa lampau.

Banyak perkara peribadi aku pelajari dari lawatan ni. Insaf seketika...

CHICKEN

12:34 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)


1. Maaf kerana sudah agak lama aku tidak berkomitmen di blog. Sibuk benar sebenarnya.. Terlalu banyak kerja yang perlu dibereskan.

2. Oh ya, instant blog dah tak ada, instant tu maksudnye boleh berblog di mana-mana, tapi apakan daya dah susah sikit sekarang ni. Maklumlah internet pun masih dalam pemasangan.. Ape keje ntah mereka itu.

3. Eh, maaf buat apa, bukan ramai orang baca pun.. Eh silap, aku rephrase, ade la sikit orang baca, silap-silap sebab lama tak update, dah tak ada reader langsung dah hahaha..

4. Cukuplah aku di masa hadapan yang baca sambil ketawa kecil. Puas juga.

5. Ok, ayam terbahagi kepada dua ye. Ayam berkasut dengan yang tidak berkasut. (Dictionary of Syapik Samat 2008)

6. Pagi tadi aku diberi amaran oleh seorang manusia yang baik, mulus, gebu dan baik perlakuannya bertukar menjadi seekor ayam yang enak rasanya. Sebak juga aku menulis menatang ini kali ini.

7. Diberitahu kepada kakakknya bahawa beliau ke Program anjuran pihak luar yang menyebabkan beliau ponteng selama beberapa hari kemudian dikencing kakaknya bersama aku sekali bahawa program ini jauh dari tempatnya dan ini adalah program rasmi.

8. Setelah diduga, maka nyatalah beliau layak disyaki berseronok bersama boyfriend barunya di kawasan yang agak jauh juga. Aku kesian minah ni. Dahlah cantik, baik dan sekarang dah merelakan diri pulak.

9. Jika diikutkan mahu sahaja aku menjadi hero tamil seperti Rajni Khanth yang akan menyelamatkan keadaan.

10. Eh? Keadaan siapa? Keadaan diri aku pun tak stabil, sibuk nak tolong orang.

11. Jadi dengan sukarelanya aku mengatakan PEGI MAMPOS. Aku apa kesah, kau baik ke, kau cantik ke, PEGILAH MAMPOS DENGAN BUAYA ITU.

12. DAN JANGAN MERINTIH SAMA AKU BAHAWA LELAKI INI JAHAT, KERANA KAU SUDAH MENGETAHUI ASALNYA.

Penat aku tolong, sesat jugak kau.. Wah sai..

BOOBY

20:49 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)

Adapun menurut Ramlan dalam buku falsafah peribadinya berjudul ''NENEKAU'' menyifatkan tanda-tanda orang gila akhir zaman terbahagi kepada beberapa perkara yang jelas perbuatannya seperti berikut:

1. Manusia mula membakar manusia bertujuan membunuh.

2. Makan terlalu banyak.

3. Berbalah bertahun lamanya akan perkara remeh contohnya penyapu.

4. Bertindak menegur kemudiannya melakukan perkara yang sama.

5. Munafik kaki botol semakin ramai memenuhi kedai makan bukan Islam.

6. Kahwin selepas beranak.

7. Buang bayi walaupun di masjid.

8. Berbogel di hadapan kamera kemudian kantoi.

9. Wanita memandu laju dan berbahaya.

10. Tugas makin berlipat ganda.

Itu dari beliau. Apa pula dari anda?

IPTA IPTS IPTI

10:07 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)



1. Aku sentiasa merindui saat lampau ketika di sini.. Ini merupakan gambar terbaru yang aku perolehi dari media elektronik.

2. Kenangan makan rumput berguling dan menjadi maskot yang melucukan bagi diri aku merupakan satu yang sangat bermakna untuk aku hargai. Entah mengapa, aku rasa sentimental seketika.

3. Terus terang aku katakan, warna kehidupan aku menyerlah bermula dari IPT sehinggalah hari ini. Aku mengenali lebih ramai rakan kerana aku bebas dan aku bersyukur kerana mampu menjaga diri dari terjerumus ke lobang noda, dosa dan lobang tuut.. Hahaha

4. Kepada rakan seperjuangan dahulu, ingatlah bahawa aku senantiasa rindu akan kalian dan aku juga merancang bersama Sakti untuk turun ke JB terutamanya di DIVA yang begitu masyhur dan syahdu gile.



5. Tidak kulupa port bermain snuker bersama rakan-rakan ketika bosan dan tempat membeli belah juga kadangkala. Plaza Angsana.

6. Akan tetapi, Xtra (igauan Zoro) dan Larkin Perdana serta CS juga takkan kulupa.



7. Percayalah kawan-kawan, akan kusinggah ke tempat ini bersama Sakti nanti..

SHOEI

00:16 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (6)

1. Aku memang serabut bila keluar membeli-belah di ambang hari raya. Ramai orang, mcm gampang.

2. Sedang aku menemani adik aku membeli kasut, saiz yang diingini dipinta.

3. Pulak lepas tu adik aku nak kecik sikit, maka muka ketat la promoter kasut ni. Aku melihat kerenah dia yg mcm sial ini membuatkan aku rasa nak meletop gak.

4. Kutahan aje. Puasa katakan. Sobar. Ko kalo tak nak layan orang, ko berenti kerja. Aku pun pernah bekerja dgn customer. Susah sgt ke? Ko dahla kafir, xyah pose. Kerek btol.

5. Akan tetapi aku belajar dari perkara ini, membeli belah memang serabut menjelang hari raya. Karut.

6. Sesak, sesak. Kerumun mangsa rosak.