1. Sedang asyik aku melayari blog rakan yang lain, aku melintasi satu blog yang kerap dilawati tidak diletakkan komen.. Hahaha
2. Nak tengok? - http://cikgupaddy.blogspot.com/2010/12/abg-kiki-bertunang-tips-bakal-suami.html
3. Berikut adalah jawapan aku berdasarkan dari hasil kajian pengalaman sendiri dan bini aku juga hahaha..
- Sentiasa berdoa agar disayangi.
- InsyaAllah..
- Bila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
- Bini aku tak boleh disentuh ketika buat kerja.. Hahaha
- Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
- Tau dah jawapannya.. Hehe
- Berlatih untuk MENDENGAR dengan baik.
- Itulah masalah aku.. Akan dipertingkatkan.
- Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
- Ya dan isteri juga perlu memahami masalah kita juga.
- Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang "berkualiti" terhadap isteri.
- Perghh berjam-jam dah aku bagiii.. Haha
- Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.
- Bunga atau coklat, bini aku nak coklat lagi so boleh makan.
- Tolong masak atau ajak makan diluar sekali-sekala.
- Tolong masak tu impossible, takkan dibagi punye. Tapi makan di luar memang akan ada nanti.
- Beri pujian mengenai penampilan isteri -- rambut, wajah, pakaian dll.
- Memang, sampai perasan beliau.. Haha
- Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.
- Dan dia pun kena pujuk sama.
- Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
- Kena bagi lebih aku rasa, sebab dah bini kan. Sape lagi nak tolong.
- Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
- Memang. Berjalan pun kena slow, dan teman window shopping skali. Haha
- Bila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
- SMS sudeh.
- Bila isteri minta bantuan, nyatakan "boleh" atau "tidak boleh" dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
- Kene la ada sebabnya tidak boleh supaya tak nampak kerek sangat.
- Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian untuk berfikir.
- Tak ada maknanya, nanti kene sound lagi. Haha
- Bila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
- Kengkadang tak perlu mention, just let go. Adat la tu memang manusia ade time "dol" dia.
- Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen
- Bini aku suka tengok tv so kacau lepas tengok tv.
- Aku pulak tak suka tengok tv. Layan aje kalau cerita agak menarik.