1. hari itu aku sampai di rumah. ramai rakan yang menegur perubahan mendadak aku terutamanya pada berat dan postur badan. apa nak dikata.
2. itu bukan perkara menarik. apa yang menariknya ialah ada seorang dari rakan aku di kediaman perumahan aku yang memperlekehkan tindakan kebanyakan belia menyambung pelajaran mereka di peringkat tinggi.
3. keputusan adik aku untuk melanjutkan pelajaran diperlekehkan dengan nasihat agar menghentikan sahaja niat itu kerana ia tidaak mendatangkan faedah tertentu seperti dirinya yang telah mempunyai hanya satu kebab stall.
4. aku bukan berniat untuk memperlekehkan dia kembali, tapi aku amat sedih dengan adanya manusia macam ni yang sentiasa mendabik dada akan kejayaan awal yang dia telah kecapi. sikap membanding nilai aset dengan orang yang masih belajar dan juga masih dalam tanggungan adalah sangat mendukacitakan aku.
5. harus diingat tujuan melanjutkan pelajaran adalah kerana untuk menimba ikmu di peringkat yang lebih tinggi, mencakna pemikiran yang lebih bernas dan menghasilkan refleksi dalaman yang lebih realistik.
6. jika tujuan untuk menyambung belajar adalah untuk mengumpul harta atau menjadikan anda lebih kaya, itu silap kerana belum ada lagi orang yang kaya hanya dengan mendapat skrol sahaja. rezeki ditentukan oleh tuhan bukan kita.
7. jangan mempertikai apa yang orang buat sebaliknya beri sokongan supaya kita saling menghargai satu sama lain.
8. nasib baik aku tak ada malam tu.. kalo x mampos aku bahan ko balik. chow..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 pemikiran bernas dari masyarakat:
tidak patut kawan ko ckp begitu joseph...kate org rezki org berbeza2...aku x stuju pe yg die cakap tu...seperti cuba menarik org len tukmenjadi seperti die yg mungkin gagal tuk menyambung pelajaran...seharusnya..die membantu memberi kesedaran....bukan melemahkan org len...malang nasib kawanmu tu joseph...sian die..
huh..awak bakar je gerai kebab dia tuh..dua-dua padan muka..haha..
Post a Comment