1. aku dengar pulak cerita baru pasal ko baru-baru ni. pelik pun ada.
2. dulu latest update yg aku tau ko ponteng semua pemantauan.. apa nak jadi?
3. lepas tu ko terpaksa mengulang sem. haih.. buang duit kerajaan betul ko ni.
4. aku ingat ko dah insaf. tak nak jadi hamba game lagi. tapi tidk agaknya..
5. mungkin game dah sebati dalam hidup ko. nak kata true gamer, ko main cheat gak berjam-jam. apa yang puasnye?
6. sekarang ni ko terpakse extend lagi. aku rase ko sengaje la nak extend lama-lama sebab ko nak main game sampai puas.. ko tak rasa bekerja dan mempunyai hidup seperti orang normal ni ok ke?
7. nak kata budak-budak, bulu di badan ko dah menafikan dah..
8. alasan tetap dicari.. memang tak dengar kate ko ni. ko boleh jadikan tangan kebas sebagai alasan? memang ko ni insan sangat kreatif la.. respek beb.
9. nak buat teladan pun tak boleh. buat sempadan jela..
1. besar sungguh kau. gah, hebat pun ade aku tengok. teringin jugak aku nak membeli satu, tapi nak buat apa kan? macam bodoh la pulak nanti kalau membeli benda mahal tanpa tujuan..
2. tapi, aku kesian kat kau. banyak komplen aku dengar pasal ko. betul ke yang ko ni kurang ajar di jalan raya?
3. aku tak setuju. ko ni baik, berjasa, banyak barang ko angkut. kalo ko tak ade, susah semua orang. pulak-pulak ko angkut tanah, mane ade yang lain segagah ko?
4. haritu aku dengar lagi orang mengadu kat salah sebuah stesen radio terkemuka pasal ko. cakap ko ni tak berhemah. aku masih tak percaya..
5. hari tu aku dengar pulak cite ada bapak seorang pelajar bersikap agak samseng ketika berjumpa guru. dengar cerita kerja dia pun bawak ko jugak.. orang kata orang yang kerja bawak ko ni tak betul. aku tak percaya.
6. akan tetapi satu hari, masa hujan lebat aku nampak ko memotong lori balak. ko bukan laju manapun. kenape ko potong beriye sangat? aku biarkan jela..
7. lepas tu ko bole bagi BATU atas cermin depan kereta aku? sampai sumbing dan calar balar pulak tu? maka sudi aku katakan ko memang LAHANAT.
8. mulai hari ini, aku akan berdoa agar satu hari nanti orang yang memandu kau mestilah ada syarat kelayakan diploma atau degree.. aku tak sampai hati tengok orang TAK SEKOLAH bawak ko MACAM SIAL setiap hari..
1. aku menggunakan jalan raya setiap hari untuk ke tempat kerja. kurang-kurang sejam sehari aku menggunakannya.
2. banyak kerenah dan gelagat pemandu yang dapat aku tengok. ini termasuklah kerenah dan gelagat aku sendiri. namun begitu, aku tak pernah marah mahupun menyimpan dendam kerana aku sedar jalanraya dicipta bertujuan untuk dikongsi bersama.
3. akan tetapi, sabar aku tak sampai manapun..
4. aku cukup tertekan dengan sikap pemandu disini. kebanyakkannya seringkali memandu di laluan kanan dengan kelajuan 40km/j. tertanya-tanya jugak aku di dalam hati. apa masalahnya dengan sikap yang macam ni.
4. aku tak kisah kalau warga emas yang sedang memandu. ini kebanyakkanya golongan muda dan umur pertengahan. berdosa besarkah menukar ke laluan kiri ketika memandu?
5. aku bukannya nak memandu laju sampai 200km/j pun. bagi aku 90km/j dah cukup memuaskan hati aku. aku inginkan perjalanan yang lancar kerana jarak perjalanan aku ke tempat kerja agak jauh.
6. nak memandu di laluan kanan pun tengok situasi la bro.. kalau kereta tengah banyak tu tak kisah la. ni jalan kosong pun ko tak sedar lagi ke?
7. inila pemandu yang tidak berhemah. lesen kopi agaknye. huh
1. dah lama aku tak menulis. segar rasanya bila aku dapat menulis.
2. maafkan aku jika aku dah lama tidak aktif dalam penulisan ni. faktor internet menyukarkan aku untuk post kat dalam blog ni.
3. banyak perkara yang ingin diluahkan sebenarnya tapi terpaksa disimpan di dalam hati berikutan ketiadaan internet yang pantas dalam kawasan ni.
4. aku pun tak pasrah semata-mata, aku cuba berusaha untuk ke TmPoint berdekatan untuk mendaftar akan tetapi katanya aku seorang sahaja yang cuba memohon perkhidmatan internet laju di kampung aku. akibatnya permohonan aku ditangguhkan.
5. bila ditanya sampai bila? kata mereka sampai cukup orang untuk memohon perkhidmatan ini. tak tahulah aku berapa ramai, 100 orang agaknya.
6. aku faham konsep business is business. tapi apa salahnya kalau adakan dulu perkhidmatan ni. aku boleh la demo kat orang kampung betapa seronoknya mempunyai kemudahan internet ni.
7. kemudian aku test wireless broadband. 6 bulan dahulu tak ada 3g kat sini tapi sekarang dah ada kemudahan 3g. terima kasih maxis. teruskan usaha anda untuk golongan di kawasan terpancil seperti aku ni.
8. pada yang lain, jangan lupa tingkatkan mutu perkhidmatan servis anda. ingat, bajet 2010 yang dikemukakan jangan disia-siakan..
9. kesimpulannya, aku akan mula menulis bermula hari ini. stay tuned..
1. nampaknya kehidupan aku akan bermula di Terengganu. ntah di mana agaknya.
2. aku sebenarnya masih belum bersedia berikutan lokasi sebenar tak dapat dipastikan lagi.
3. kebelakangan ini aku sangat sibuk sehingga aku tak ada masa untuk updae blog ini..
4. aku akan update dengan penulisan jurnal hidupku.. tunggu ye..
1. sekarang ini aku ada masalah untuk mengakses internet sekerap mungkin. akibatnya, aliff menjadi tarikan sambilan untuk melayari internet dengan kadar murah hanya RM0.50 dan agak pantas.
2. ini berikutan dengan masalah aku tidak membayar bil maxis broadband akibat dari kesilapan sendiri.
3. bapa aku ada mengingatkan supaya aku memeriksa dan membuat bayaran sekiranya perlu. aku pula menjawab dengan selamba "boleh lagi ni bah".
4. tengoklah apa dah jadi. kan dah kena potong. bila abah aku diberitahu katanya "itulah, hari tu suruh check cakap boleh je, nanti-nantilah". padan muka aku..
5. aku belajar sesuatu dari kejadian ini. pengurusan diri bukan sekadar pada diri kita sahaja tetapi melibatkan semua urusan yang BERKAITAN supaya apa yang ada pada diri kita tidak terjejas akibat kealpaan sendiri memandang remeh dengan urusan yang perlu diselesaikan.. au sekarang menghadapi masalah untuk mengemaskini blog ini. aku akan lakukan sekiranya ada kesempatan untuk melayari internet..
6. sekali lagi, padan muka aku.. hahaha
1. semua orang ingin berhibur. tidak kira bila-bila masa terluang, adalah saatu perkara membosankan jika masa yang ada tidak diisi dengan hiburan.
2. pada aku, dahulu aku mengelakkan bermain GAME sebagai hiburan kerana takut terjebak. akan tetapi tidak lagi sekarang ini.
3. dalam situasi sekarang, aku melihat diri aku berada dalam keadaan stabil di mana aku boleh berseronok dengan bermain game sebagai satu komitmen sambilan.
4. pelbagai jenis game dicuba untuk tujuan berhibur di tahap maksimum. sungguh seronok berhibur dengan bermain game..
5. akan tetapi aku tidak harus lupa bahawa perjalanan kerjaya aku masih jauh lagi. banyak lagi cabaran yang perlu ditempuhi..
6. aku akan memastikan aku tidak sesat dan lalai dengan hiburan yang aku alami sekarang ini..
1. aku ingin berkongsi rasa sedih terhadap rakan aku yang bercerai baru-baru ini. kita selalu didedahkan dengan mahkamah tentang kes-kes penceraian dan pertelingkahan suami isteri. tak kiralah siapapun artis ke, ahli perniagaan ke mahupun ahli nujum. penceraian tetap berlaku.
2. jika dilihat majoriti dari masalah ini hanya merupakan kehadiran pihak ketiga dan persengketaan yang berlaku adalah berpunca dari orang lain. lebih memburukkan keadaan lagi orang ketiga ini seolah-olah tidak kisah dengan status perkahwinan orang yang dicintai.
3. cuba tanya mereka apakah ini yang dijanjikan sewaktu hangat bercinta dahulu? sudah tentu tidak. kalau begitu apa masalahnya dengan kehadiran orang ketiga yang didakwa memporak-perandakan rumahtangga yang dibina bertahun-tahun selama ini?
4. aku tak mahu komen mengenai masalah hubungan orang lain. pada aku, orang ketiga tidak wujud. kita sendiri yang memilih untuk ada orang ketiga ataupun tidak. kita yang menentukan kehadiran orang ketiga ini sama ada patut diterima ataupun tidak.
5. ingatlah, baik putus masa bercinta dari bercerai semasa kahwin. bercerai bukan perkara mudah. bayak rentetan peristiwa yang perlu dilalui untuk menyelesaikan segala kesulitan yang ada. kesimpulan pada kaum lelaki seperti aku, jangan mudah terpedaya. nasihat beberapa kali saja, kalau tak nak ikut, tinggal..
1. sekarang ni kita dapat lihat lambakan pekerja asing di negara kita. kita juga sudah biasa melihat mereka di mana-mana.
2. apa jenis kerja pun diorang boleh buat. tidak kiralah di pasar raya, petrol pam, buruh binaan dan promoter di pasar raya.
3. baru-baru ini aku singgah ke salah sebuah pasar borong terkemuka di Kuala Lumpur untuk membeli keperluan harian. seperti biasa, memang ada pekerja asing di sana. aku pun meminta tolong dari pekerja tersebut untuk membantu aku membeli barang keperluan harian aku dengan menyiang ayam yang sudah semestinya kerja dia.
4. apa yang mengecewakan aku, dia seolah-olah terganggu dengan kehadiran aku yang memerlukan perkhidmatannya di situ. dahlah servis pun hampeh, dilanyaknye ayam tu. pulak tu tidak disiang dengan betul. bila aku tegur, ketat pulak mukanya. aku yang berang dengan tindakannya terus berkata 'pehal ko ni potong ayam mcm ni, aku yang makan ayam ni nanti, bukan mak kau yang makan tau tak?' bila dicakap macam tu, barulah takut sedikit mukanya. hmm.. bersalah juga aku..
5. apa masalahnya dengan bekerja? tak ada mood sebab diganggu ketike berbual dengan kawan? kalau nak kerja buatlah cara nak kerja. aku tak harapkan layanan mesra pun. asalkan apa yang nak dibeli dapat, bagi aku dah memadai. dahlah aku regular customer kat situ, yang dia ni pulak orang baru..
6. aku tak paham, kenapa aku patut diberi layanan sebegitu rupa sedangkan aku meminta tolong dengan cara baik dan penuh sopan. apa aku perlu bercakap dengan nada sebaliknya untuk mendapatkan apa yang dihajati?
7. pada hari yang lain aku pergi lagi ke kawasan tersebut untuk membeli keperluan lagi. kali ini aku disambut dengan mesra oleh pekerja tempatan. alangkah bagusnya jika semua pekerja ada sikap begini.
8. aku tak mintak dilayan seperti 'customer is always right', aku cuma ingin mendapatkan barang aku. aku dah dapat, ko punya suka la nak buat apa. jangan sampai aku kecoh kat bos ko, lepas tu aku bagi ko susah, lepas tu aku make sure ko balik kampung nanti tak datang sini dah. karang dikata tak baik aniaya orang. ramai lagi la warga negara ko nak kerja kat sini.
9. aku sabar je. nasibla dilayan seperti warga asing, oleh warga asing, di TEMPAT SENDIRI.. aku dapat skali lagi, memang masak la warga tu aku sound, konpem ko berenti punye.. huh
1. seperti yang dijangka, ex-kayap itu terlepas juga. dengar khabar angin yang mengatakan dia akhirnya lulus juga dalam praktikum walaupun syarat utama telah dipenuhi. satu pujian yang tidak terhingga diberikan kepada pihak yang berusaha untuk menyelamatkan 'beliau' dari terkandas dalam program akhir, akibat dari kesilapan sendiri.
2. aku selaku pendengki mengucapkan tahniah kerana dikau memang bijak dalam merekacipta dan menyelesaikan masalah sendiri. you managed to clean up your own mess. bravo.
3. teruskan bermain, tiadaa halangan selepas ini. bahkan selama ini tiada siapapun menghalang. cuma ada beberapa pihak yang tidak puashati kerana dikau tidak buat kerja. itu saja.
4. namun itu semua hanya perasaan, bukan realiti. perasaan bukan sesuatu yang rasional. ia lebih dikuasai oleh emosi. jadi, itu semua tidak relevan untuk dijadikan sandaran ketika menentukan keputusan untuk menyelesaikan segala kemelut yang dihadapi.
5. tak perlu menjadi orang berguna, hiburan sangat penting untuk kita supaya tidak tertekan di kemudian hari. teruskan berhibur, game dan manga? kartun? itulah yang sebenarnya patut diambil kira sebagai teladan dalam hidup kita.
6. tak perlu bersosial. teruskan menyendiri. ibubapa dikau sudah tentu kaya dan mampu menanggung dikau sampai bila-bila. aku yakin dari amalan kehidupan seharian dikau, harta yang ada sudah tentu lebih dari tujuh keturunan untuk dihabiskan.
7. tidak perlu bersusah, tidak perlu buat kerja. teruskan berhibur. hiduplah dalam dunia sendiri supaya dikau dapat merasakan hidup ini dikau yang punya.
8. sorry, and good luck..
