SESAT

12:10 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (4)


1. Memiliki telefon bimbit mahal memang best. Pulak dah beribu ringgit, memang nyata keseronokannya.

2. Akan tetapi jika dilihat tak ramai yang tahu menggunakannya. Pulak jika diletakkan aplikasi yang memberi manfaat pada kita.

3. Pada yang menggunakan Nokia berserta GPS, abaikanlah nokia maps. Walaupun dikata percuma, korang punye kredit tetap kene telan sebab mendapatkan maps menggunakan internet. Padan muka.

4. Gunakanlah Garmin Mobile XT. Mungkin ramai yang tahu. Kalau dah tahu tutup mulut. Jangan berperangai seperti budak-budak.

5. Ini kerana bersepah orang keliling aku yang tidak tahu menahu mengenai mobile GPS. Risiko juga agak rendah, kos juga menjimatkan.

6. Nak ke satu tempat menggunakan panduan GPS pun bukan selalu. Korang bukannya otak udang sehingga nak ke mana-mana pun pakai GPS.

7. Navigasi Garmin lebih terperinci, lebih mudah ke mana-mana, tapi ada juga masa yang die akan jadi bengong, seperti:

- carian satelit yang gila lama. Adatlah pakai handphone.
- jalan belum siap pun die sapu.
- tak semua jalan dalam dia tahu. Contohnya, jalan kampung.
- lagging sikit. Dah bayar murah. Biasalah.
- makan bateri. So belilah mobile charger with IC Protector. Baru RM20 baik punye. Kalau kaya, beli nokia original.

8. Belilah di kedai, RM30-50 lifetime warranty install. Kalau ada kawan baik yang tahu, RM20 ke, belanje makan ke. Terpulang..

9. Pakailah, ternyata ianya seronok. Pandulah dengan cermat, Garmin tidak akan menyelamatkan nyawa anda.

10. Macam aku, dah 2 tahun pakai. Memang sangat berguna apabila diperlukan.

BRIGHT LIGHT

11:53 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. New setting, new light. Bilik yang diset baru oleh adik aku..

2. Masuk ke bilik , memang rileks. Tak pening kepala. Seronok berehat, santai memanjang.

3. Lampu macam ni memang aku suka, akan aku pasang di kediaman aku satu hari nanti.

4. Tapi aku ada dengar yang lampu macam ni memberi kesan negatif. Walaupun menjimatkan elektrik, namun perlu sentiasa ditukar. Betul ke?

5. Apa pendapat kalian? Aku memang mengimpikan pencahayaan seperti ini..

SOAP OPERA

11:03 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Bila memiliki kereta, mencuci merupakan satu masalah apabila kereka menjadi kotor dan tidak bermaya.

2. Adakalanya membasuh sendiri menjimatkan. Akan tetapi, bila tak cukup masa, car wash menjadi pilihan.

3. Jika anda mencuci kereta di Terengganu, harganya RM10 tetapi di KL, ia hanya RM8.

4. Perbezaan harga yang agak ketara berikutan warga Terengganu gemar membasuh sendiri kereta mereka. Maka harga naik untuk menanggung segala kos yang ada.

5. Pelik juga, agak berlawanan dengan konsep perniagaan. Permintaan kurang, harga pulak naik.

6. Akan tetapi aku suka melihat kenderaan dibasuh oleh mereka. Sungguh tekun, rajin dan teliti.

7. Oh ya sebut pasal teliti, aku pernah berjumpa dengan seorang warga kampung aku yang gemar mencuci kereta iswara beliau sehingga rim dan tayar habis dicabut.

8. Bila hujan, sayang pula kereta itu. Maka anak bini dibawa kuyup menaiki motor. Memang bodoh.

9. Baru pakai iswara, dah hidup susah nak jaga kereta. Nasib baik tak pakai caldina..

SHOW

00:54 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Entertainment on the move.

2. Ini yang aku katakan kebebasan penuh di atas bas. Seperti di rumah rasanya.

3. Korang mungkin nampak bas ni macam bas bapak aku. Tapi dengan menduduki seat ini, maka korang boleh menjadikan bas ni macam bas bapak korang yang punya. Hahaha

4. Caranya mudah, pergi ke kaunter tiket, minta ''single seat, tingkat atas, depan sekali'' maka memang anda pengguna yang bijak.

5. Selamat mencuba.

BAS SIAPA

00:54 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (1)

1. Ini Bas Sani. Teknologi tinggi. Rebutan ramai. Sungguh selesa.

2. Aku berjaya menempah tiket bagi perjalanan jauh yang meletihkan jika memandu. Bas lebih jimat, tambahan pula tidak letih. Bila tiba di KL disambut bagai VIP oleh adik-adik.

3. Aku tidak berpuashati dengan apa yang dikatakan BERAT NANANG oleh orang Terengganu dek perangai penumpang yang langsung tidak memikirkan keselesaan orang lain.

4. Bila aku menaiki bas ini, aku lihat sudah ada penumpang di seat aku. Aku lantas tersenyum dan menghulurkan tiket sambil berkata di dalam hati, ''tepilah si bodoh, tu seat aku''.

5. Lalu kau pun ketepi. Good dog.

6. Aku tengok seat aku hadapannya habis bersepah dengan makanan yang kau makan. Aku tak tahulah ayam gantung ke, babi goreng kunyit ke. Aku tak mahu ambil tahu.

7. Lepas itu kau boleh melantak dengan senang hati bersama amoi ko di dalam bas dengan sajian yang kurang enak baunya. Masih bukan masalah besar bagi aku.

8. Pulak lepas tu bila aku bukak earphone, ko usha panas. Apahal? Kau tak pernah tengok earphone ke? Atau ini mungkin earphone mendiang kau dahulu dan aku disyaki mencurinya di jirat itu? Maka itu masalah bagi aku.

9. Sungguh aku katakan, memang bangang. Ada lagi insan yang langsung tak tahu budaya 1Malaysia.

10. Harap bas sahaja berteknologi tinggi. Perangai penumpang macam binatang peliharaan mughallazah. Erghh..

FISHES

10:46 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Inilah pertama kali aku pergi kelaut untuk mengail.

2. Kali pertama aku memperoleh ikan sebesar peha. Kemudiannya diikuti dengan ikan yang lain.

3. Alhamdulillah, rezeki yang dikurniakan membuatkan aku sangat bersyukur.

4. Aku juga menyedari rupanya penat lelah seorang nelayan mencari rezeki mudan mudah.

5. Aku juga sempat mabuk laut, akan tetapi mabuk itu hilang sejurus ikan mula merenggut umpan yang diberi.

6. Aku nekad, memancing merupakan hobi utama aku selepas ini. Patutlah orang gila memancing.

THE POWER OF DREAM

10:46 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Aku tau korang mesti paham kan. Itulah fenomena sekarang. Tak habis dengan skim cepat kaya.

2. Itu bukan isu utama kali ini. Isu aku ialah sindiket sms. Semakin lama, semakin berleluasa. Tak paham aku bagaimana terjadi begini.

3. Bila dilihat golongan yang 'terkena' di Buletin Utama TV3, ada juga guru yang terlibat. Aku makin hairan. Mengapa guru pun boleh terkena?

4. Pendapat diminta dari laman sosial. Ramai mengatakan guru juga manusia biasa. Jawapan yang telah dijangka.

5. Guru ialah manusia BERPENGETAHUAN. Selain itu, guru juga mempunyai kelebihan berfikiran LOGIK lebih dari orang lain kerana kebolehan MERASIONAL yang tinggi.

6. Tu pendapat aku la. Mustahil boleh kena. Kalau aku terkena aku memang malu. Dengan sebijik sms menawarkan puluhan ribu ringgit pun anda sudah kelabu mata?

7. Aku selalu kena sms dan panggilan menawarkan pelbagai ganjaran lumayan. Akan tetapi setakat ini aku berjaya mem'bahan' kembali sehingga berbulu operator tersebut.

8. Jika dipukau, aku faham. Perbuatan ilmu hitam memang sukar dikesan.

9. Pada yang terkena, sabarlah.. Pada diri sendiri dan orang lain, beringatlah sama. Minta dijauhkan.

GANYUT

10:46 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Sedang aku hendak ke tempat kerja ada sebuah kereta milik syarikat memecut laju dari kiri seterusnya mencilok di hadapan aku.

2. Aku panas. Kau bawak macam sampah. Bontot kete ko hampir melanggar depan kete aku. Aku terpaksa brek mengejut.

3. Aku membunyikan hon 1 saat sebagai peringatan. Lepas itu aku tengok ko ke kiri. Aik? Slow pulak?

4. Bila dilihat, ko sumpah seranah aku? Apa hal ni? Bangsat nye perangai..

5. Kenapa ko bangsat? Ko dahlah bawak kereta syarikat yang dah uzur. Lepas tu ko bawak macam sial. Lepas aku hon ko menyumpah aku?

6. Aku tak kira tua atau muda. Kalau tua tak tahu respek, layak je ko dipukul sampai mati.

7. Lepas aku cuba kejar ko, ko lari pehal? Ingin aku bertanya mengapa pakcik? Bini tak bagi servis ke semalam?

8. Habis rosak mood aku bekerja di pagi hari. Mamposla ko cepat. Perangai macam fuck..

MEDIC

10:43 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (3)

1. Beberapa hari yang lepas aku dijangkiti penyakit gatal yang berbintik di lengan.

2. Semakin lama, penyakit gatal tersebut merebak ke atas. Melihatkan dari itu, tiba masa aku ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

3. Setelah diperiksa, aku didapati mengidap alergi atau digigit serangga. Mana2 satu la. Aku pun tak paham mengapa jawapannya begitu. Itu bukan satu masalah.

4. Setelah ubat diambil, aku segera menggunakannya di rumah. Yang menakjubkan aku, dalam masa 3 hari penyakit aku hilang.

5. Lengan aku beransur pulih. Sungguh hebat. Teruja aku..

6. Terima kasih kepada KKM kerana menyediakan ubat yang berkualiti yang pada aku lebih baik dari dulu.

7. Mengapa? Sebab dahulu aku pernah juga dijangkiti seperti ini. Akan tetapi ia mengambil masa berbulan untuk sembuh sebelum aku dibawa ke klinik swasta.

8. Aku bersetuju bahawa Menteri Kesihatan kita telah menjalankan tugas yang sangat baik. Terima Kasih diucapkan.

9. Teruskan menabur bakti kepada Rakyat Malaysia..

CAMP

19:35 / Diutarakan oleh Unknown / pemikiran bernas dari masyarakat (5)

Peraturan penting ketika menyertai perkhemahan:

1. Jangan celupar. Jaga mulut anda. Jangan mencabar kewibawaan penduduk di sana yang menghuni lebih lama dari anda.

2. Jaga adab di tempat orang. Jangan berkelahi. Jalani program dengan gembira dan harmoni.

3. Jaga keselamatan anda. Sebarang aktiviti di luar program mestilah dimaklumkan terlebih dahulu untuk kelulusannya.

4. Jangan keluar dari kawasan perkhemahan. Laporkan kepada pegawai bertugas terlebih dahulu untuk kelulusan.

5. Tidur awal. Tenaga anda lebih banyak diperlukan melebihi jangkaan anda.

6. Jika ada masalah kesihatan, laporkan kepada pegawai bertugas untuk makluman.

7. Dilarang membawa sebarang peralatan berharga. Serahkan kepada pegawai yang bertugas untuk disimpan. Urusetia tidak bertanggungjawab jika ia dirampas dan tertakluk kepada budi bicara urusetia program.

8. Ini nasihat untuk diri sendiri. Selamat berekreasi!